Thursday, December 29, 2011

6th Anniversary



Boleh lupa plak nak tulis kat blog pasal menda ni..hahah


Happy 6th Anniversary to my hubby lah
Terima kaseh sebab menjadi suami saya :)

Arina New Chapter In Her Life

InsyaAllah tahun depan, 4 Januari 2012 ni Arina akan ke tadika..

Wednesday, December 28, 2011

Pembantu Rumah

Tertarik dengan petikan ini:



Daripada Ali bin Abi Talib, sesungguhnya Fatimah pernah mengadu kepada Nabi s.a.w. meminta kepada Baginda seorang pembantu. Lalu Baginda bersabda yang bermaksud: "Bagaimana jika aku tunjukkan sesuatu yang lebih baik untukmu daripada seorang pembantu; iaitu kamu membaca takbir kepada Allah 34 kali, bertasbih kepada Allah 33 kali dan bertahmid (memuji Allah) sebanyak 33 kali." (Riwayat al-Bukhari)



Just think ;-)


Tuesday, December 27, 2011

Spaghetti Carbonara

Benda ni pun sedap...hehe..

Bahan-bahan:

Angel Hair San Remo
Sos Preego Carbonara
Udang
Sosej
Susu Full Cream di sukai ramai
Bawang Putih
Lada Hitam


Cara-cara:

1. Tumis bawang putih hingga naik bau
2. Masukkan udang dan sosej
3. Masukkan lada hitam
4. Masukkan sos Preego Carbonara
5. Biarkan hingga meletup, masukkan susu full cream
6. Tabur lada hitam

Siapppp ;-)


Mushroom n Tomato Pasta

Bahan-bahan utama adalah seperti di atas ye. Bahan-bahan sampingan untuk menumis, macam biasa, bawang merah dan cili. Letakkan sosej juga sebagai perencah.

Caranya, tumiskan bawang sehingga berbau harum. Masukkan cili, masak hingga naik minyak, masukkan sosej, goreng hingga separuh masak je. Kemudian masukkan sos pasta dan tambahkan sedikti garam dan air. Masak hingga meletup-letup (ye..meletup2 istilah yang paling senang)

Tadaaaaa...dah siap utk di makan..

Thursday, December 15, 2011

Check up 10 bulan

Micee suruh bagi makan benda ni sebelum injection 1 year..


Tapi 2 orang anak aku sebelum ni tak penah plak disuruh

Maybe lain jenis suntikan kot *blur*



Berat : 6.8kg only..ringankannn

Tuesday, December 13, 2011

Istana Negara Dalam Kenangan

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Selepas mencatat 83 tahun sejarah yang indah berwarna-warni dan menyaksikan pertabalan tujuh daripada 13 Yang di-Pertuan Agong, kini sampailah sudah masanya untuk melabuhkan tirai penutupan Istana Negara pada esok.

Bangunan berwarna putih, yang ditandai dengan dua kubah emas tersergam indah dan tidak asing kepada setiap pengguna jalan raya yang melepasi Jalan Syed Putra, akan secara rasmi menyaksikan satu Istiadat Menurunkan Bendera Peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 15 Nov.

Pada masa yang sama, Istana Negara yang baru di Jalan Duta akan secara rasmi menjadi istana bagi Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin, yang akan tamat tempoh jawatannya, mencatat sejarah sebagai Yang di-Pertuan Agong yang terakhir mendiami istana di Jalan Syed Putra.

Di sinilah berlangsungnya pelbagai istiadat merangkumi upacara mengangkat sumpah jawatan dan taat setia oleh Perdana Menteri, para menteri dan ketua hakim.

Istana ini juga menyaksikan beratus-ratus diplomat Malaysia menerima suratcara perlantikan untuk berkhidmat di luar negara dan menerima mengadap Perdana Menteri negara serta Pesuruhjaya Tinggi dan duta dari negara asing yang ditauliahkan ke Malaysia.

Manakala beribu-ribu rakyat Malaysia berkongsi kenangan hidup apabila menghadiri upacara pengurniaan bintang dan darjah kebesaran di Istana Negara.

ISTANA LAMA

Berdiri teguh di kawasan seluas 11.34 hektar di tepi Bukit Petaling mengadap Jalan Syed Putra, yang sebelum ini dikenali sebagai Lornie Drive, bangunan ditengah ibu kota yang menggamit perhatian sesiapa sahaja ini bukanlah bangunan biasa.

Sesungguhnya, ia adalah satu bangunan yang menjadi lambang keagungan rakyat negara ini kerana ia tempat bersemayam Ketua Negara Malaysia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Itulah, Istana Negara, yang menjadi bangunan kebanggaan rakyat dan lambang kedaulatan negara.

Sebagai sebuah Istana Negara yang pertama sebelum wujudnya pembinaan istana baru di Jalan Duta, mungkin masih ramai yang belum mengetahui akan cerita di sebalik bangunan itu.

DARI SEBUAH BANGLO MENJADI ISTANA

Sebuah banglo (pada asalnya) yang dibina pada tahun 1928 dengan harga RM150,000, ia menjadi rumah kediaman seorang jutawan dari China, iaitu Chan Wing.

Mendapat cetusan daripada kepakaran firma senibina terkenal, Swan & McLaren untuk mereka banglo berkenaan, ia diduduki oleh jutawan itu bersama keluarganya sehinggalah tercetus Perang Dunia Kedua, menurut majalah Tell.

Banglo yang kosong sebaik sahaja keluarga jutawan itu melarikan diri, telah digunakan sebagai mes Pegawai Tentera Jepun selama empat tahun pemerintahan mereka di Tanah Melayu bermula sejak tahun 1942 sehinggalah 1945.

Namun begitu, pemerintahan Jepun tidak bertahan lama. Sebaik sahaja Jepun tidak lagi berkuasa di Tanah Melayu, keluarga Chan Wing telah kembali pada tahun 1946.

Bagaimanapun, mereka tidak menduduki banglo itu sebaliknya ia menjadi milik kepada British Malayan Administration (BMA) untuk digunakan sebagai mes pegawai kanan.

Kemudian, banglo itu bertukar milik apabila Kerajaan Negeri Selangor membelinya dan selepas diubahsuai ia dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor, Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah.

Bangunan yang dijadikan sebagai istana kepada Sultan Selangor itu kemudian bertukar milik sekali lagi apabila Kerajaan Persekutuan membelinya dengan harga RM1.4 juta pada tahun 1957 untuk dijadikan tempat bersemayam Yang Di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, beberapa minggu sebelum pengisytiharan kemerdekaan.

Bagi mengangkat martabat bangunan itu sebagai sebuah kediaman rasmi pemerintah tertinggi negara, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan RM328,000 untuk menjadikannya istana yang sesuai sebagai tempat bersemayam raja bagi sebuah negara merdeka yang baru.

Dengan menggunakan kepakaran arkitek Jabatan Kerja Raya, E.K. Dinsdale dari sudut rekaan, sementara pengubahsuaian pula dilakukan oleh kontraktor tempatan, proses kerja-kerja menaiktaraf itu tidak mempengaruhi struktur utama bangunan itu.

Pengubahsuaian yang hanya mengambil masa selama empat bulan sahaja menyaksikan jumlah penambahan bilik yang sebelum ini 13 kepada 20 bilik, dengan dapur bagi 100 orang, balai mengadap, empat bilik tetamu, dua balai kemasukan dan satu dewan santapan.

Sebaik menjelang tahun 1980-an, Istana Negara telah mengalami pengubahsuaian besar-besaran dengan penambahan Balairong Seri Utama yang menempatkan singgahsana.

Ini adalah kali pertama singgahsana diletakkan di Istana Negara dimana sebelum ini pertabalan Yang di-Pertuan Agong diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman terletak di Jalan Ampang.

Proses penambahan singgahsana baru ini yang bertujuan mengangkat martabat Istana Negara telah dibina di bawah pengelolaan arkitek Jabatan Kerja Raya, Kapt David Wee dengan berasaskan kepada alat kebesaran diraja.

Dibina tujuh tingkat dan bertiang tujuh, ia melambangkan alam semesta yang mempunyai tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi dan diperbuat daripada kayu cengal yang diukir indah dan halus.

Sebaik sahaja Balairong Seri Utama ini siap, pertabalan Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Sultan Abu Bakar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-tujuh telah diadakan di sini pada 1980.

BILIK-BILIK PENTING ISTANA NEGARA

Istana Negara, bukanlah sekadar tempat bersemayam pemerintah tertinggi negara.

Malah, ia juga memainan peranan penting sebagai sebuah bangunan yang melambangkan kedaulatan negara.

Untuk tujuan itu, Istana Negara diperuntukkan beberapa bilik penting khusus bagi upacara tertentu merangkumi bilik Singgahsana Kecil, Dewan Mengadap, Bilik Duta, Bilik Permaisuri dan Balairong Seri.

Bagi bilik Singgahsana Kecil, ia digunakan apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menghadiri Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan sebagai TYT Yang di-Pertua Negeri, Istiadat Mengadap dan Menerima Watikah Perlantikan TYT Duta Besar atau Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Luar Negara.

Selain itu, ia digunakan semasa Istiadat Menerima Suratcara Perlantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia oleh Ketua Hakim Negara serta Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia oleh menteri dan timbalan menteri.

Untuk bilik yang telah dikhususkan sebagai 'Dewan Mengadap', ia merupakan tempat bagi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menerima mengadap tetamu kehormat seperti ketua-ketua negara dan lain-lain tetamu kenamaan.

Merupakan dewan yang kedua di tingkat bawah, Dewan Mengadap juga digunakan sebagai ruang rehat oleh Sultan-sultan, Raja-raja dan Tuan-tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-yang di-Pertua Negeri semasa persidangan Majlis Raja-raja diadakan di Istana Negara.

Istana Negara juga turut mempunyai Bilik Duta di mana ia merupakan tempat bagi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menerima mengadap Perdana Menteri negara serta Pesuruhjaya Tinggi dan duta dari negara asing yang ditauliahkan ke Malaysia.

Sementara itu, Bilik Permaisuri merupakan tempat di mana Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menerima mengadap tetamu-tetamu kehormat.

Bagi bilik yang menempatkan Balairong Seri pula, ia digunakan bagi menjalankan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran Bintang-bintang dan Pingat-pingat Persekutuan, Hari Keputeraan dan acara berkaitan dengannya.

Selain itu, ia juga digunakan sebagai Dewan Santapan semasa Majlis Santapan Negara meraikan Ketua Asing yang membuat lawatan negara, Majlis Santapan Memuliakan Mesyuarat Raja-Raja dan sebagainya.

ISTANA NEGARA DALAM KENANGAN

Istana Negara yang baru di Jalan Duta akan menyaksikan pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 - Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dari Kedah - pada Disember ini.

Istana baru bernilai RM800 juta ini mempunyai keluasan yang lebih besar, jelas bakal menjadi mercu dan simbol kebanggaan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan negara ini.

Biarpun sudah ada Istana Negara yang baru, namun bangunan di Jalan Istana ini akan terus diingati sebagai sebuah tempat yang menyaksikan kelahiran tradisi diraja dan peranan pentingnya dalam sejarah negara ini.

-- BERNAMA


kredit to bernama.com

Monday, December 12, 2011

Nur Ardini 10 Months

Hari ini genap Ardini 10 bulan. Dalam usia ni, Dini dah boleh duduk dan berdiri berpaut. Kaki macam dah start nak meniti dan ada hati nak panjat sofa. Aiiyohhh.. Mulut memang bising..suka 'bercerita', menjerit dan ketawa mengekek. Susu stil campur lagi. Bekalan EBM masih berjaya dibekalkan. Caiyok..caiyok!! Paling kelakar gigi belum tumbuh lagi..Hahaha...

Wednesday, November 30, 2011

Family's Outing

Dua minggu lepas en. hubby dengan baik hatinya nak bawa kami semua ke Sunway Piramid. Atas permintaan anak-anak la. Kebetulan banyak plak snowman, krismas tree sempena sambutan krismas nanti. So layan gamba ye :)

Langsir lagi

Hahaha...dah bertahun tak bercerita pasal langsir. K kali ni nak citer bukan sebab apa, tapi sebab bengang! Dah tempah langsir kat orang kampung. Tetiba langsir sliding door tu makcik tu buat macam sliding door umah dia! 3 panel dengan ketinggian tak baper tinggi (standard sliding door). Umah aku plak cuma 2 panel dan ketinggian lebih tinggi dari biasa. Cuba tengok langsir yang makcik tu jahit.

Haaa..cacat giler kannnn

Yang ni plak selepas digantung bawah pada pintu. Still kelakar, tapi buat sementara waktu jadilerrr.. Upah je RM40, kain lagi..kopak makkk..

Last tempah kat Nagoya jek, RM46 termasuk kain dan upah free lapik putih dan kancing railing. Arina kata langsir ni macam rumah orang kaya. Haha..nak mama beli kat Nagoya jek..mungkinla corak ala-ala, tapi bukan kita buat untuk satu rumah pun.. hehe.. :D


Wedding Radhi N Mitra

Actually adik ipar aku Radhi dah selamat diijabkabulkan pada 7 Oktober 2011. Majlis sambut menantu di rumah MIL aku pula pada 27 Oktober 2011. Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai :) ... Sepadan kan pengantin tu..

Mitra closed-up..

Aidiladha 2011

Sebelum cerita dan gambar menjadi lapuk, baiklah aku tayangkan dulu ye. Bukan apa, lately tersangat bz dengan kerja dan rumah. Kerja memang tak putus-putus dalam sebulan dua ni. Rumah plak dah kena buat kerja-kerja kemasan. Almaklum dah setahun lebih duk rumah tu banyak benda kena kemas dan buang apa yang tak patut.. Sambung balik citer Raya Haji, kali ni turn Perak, jadi balik Peraklah kami. Tapi tak kemana pun, cuma pergi ke rumah ayah tua je.

Ardini's smiling..

Last sekali, kat rumah ayah tua..boleh plak layan citer Al-Hijab.. :D



Monday, October 31, 2011

Lirik Lagu Bila Cinta OST Lagenda Budak Setan

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan


* Hari ni mood saya sangat jiwang. Sangat-sangat okeh!


Thursday, October 27, 2011

Safi Rania Gold


Baru-baru ni sembang-sembang dengan budak opis, pasal produk kecantikan. Saje sembang-sembang. Sebab aku kan dah lama guna Safi Timun yang hijau tu, tapi kulit cuma dapat cerah je. Tapi jeragat tak mau hilang-hilang. So dia kata, try Safi Rania. Adik dia guna, kulit jadi cantik..gebu, halus dan tak berjeragat.

Balik Batu Pahat baru ni baru berpeluang beli. Tapi tak beli complete set pun..beli krim kecantikan je, harganya cuma RM10.50. Pastu gi econsave malam tadi en. hubby beria suruh beli complete set, tapi disebabkan tak cukup complete setnya maka aku hanya mengepow beliau pencuci muka dan pelembap malam. Harganya RM13.90 dan RM24.90 masing-masing. Harapnya kurangla jeragatku nanti.. Huuhu...

Lenkali aku nak beli serum dan penyegar plak..muahahah.. Lenkali tu bulan depan la kot. Takpun tunggu bonus. Muahahaha...

Nur Arisha is 3!




Monday, October 17, 2011

Seharian di Pusat Sains Negara

Last 2 weeks ago, kebetulan sepupuku La n suaminya Saiful datang ke rumah. Sajer berjalan katanya. So ari Jumaat malam tu dorang sampai, tidur semalam. Hari Sabtu dorang ajak ke Pusat Sains Negara. Penah gak hubby ajak ke sana sebelum ni. tapi aku je tak bape nak sebab dulu penah gi sana masa tahun 1997, dan masa tu aku rasa kalau budak sekolah pegi okla.. Ni anak-anak baru je umur 5 tahun kebawah..so nanti berat plak kepala budak tu nak memikir bab-bab kimia n fizik ni.. ekekek..

Dipendekkan cerita, maka pagi tu lebih kurang pukul 10 pagi kami gerak ke sana. Rupanya banyak dah perubahan kat dalam tu. Seingat aku la..yang masih kekal cuma Akuarium tu je, ngan reka bentuk bangunan of course la kan..Hahaha.. Tiket masuk cuma RM3 seorang dewasa manakala kalau rasa teringin tengok pameran Dino's Alive bolehla membayar cuma RM8 seorang dewasa, kanak-kanak bawah 6 tahun FREE aje. Atas 6 tahun tak pasti plak sebab bukan aku yang membayar. Ekekeke.. So, jom layan gamba-gamba kat sana ;-)

Arina...kat akuarium si Anaqah plak payah sangat nak amik gamba

Masa ni Arina main ok..dia baling bola tu ke mulut dolphine tu. Sekali ada budak cina datang 2 beradik, masuk dalam tu dengan selambernye n suapkan dolphine tu bola. Ish..ish..memang terbukti sungguh anak cina tu bodoh dari budak melayu. Ni bukanlah nak puji anak aku pandai. Tapi at least anak aku tau la main tu camne, n cara dia berfikir untuk masukkan bola ke dalam mulut dolphine tu tidak menggunakan jalan singkat dan senang. Betul tak?

Ardini baru bangun tidur..excited sungguh dia tengok tempat ni

Tengah main ..pusing-pusing, nampak minat. Tapi set yang aku beli kat Jalan TAR tu ntah kemana pegi. Tu mujur set Jalan TAR, kalau LEGO? Tak nangis maknye?

Ni baby yang amat minat sekali ngan menan ni

Kerjasama memang out..Huh

B nak kena ngap ngan dino..hehehe

Masa nak balik sempat lagi singgah tengok tayangan 3D ..sampai kena serangan lebah la sepupu aku tu..Hehehe.. Pastu nampak pool..apa lagi terjunla budak-budak tu. Mujur ada bawa baju spare.. Gerak balik lebih kurang pukul 5.30 petang.



Thursday, October 13, 2011

Langkah Mudah Meningkatkan Berat Badan Si Kecil

Selama ini banyak yang beranggapan bayi kurus berarti kekurangan gizi atau mengidap penyakit tertentu. Belum tentu lho... Penyebabya bisa bermacam-macam.

”Kalau anakmu kurus terus, sebaiknya periksakan ke dokter. Siapa tau si kecil ada penyakit tertentu.” Nasihat seperti ini sering kita dengar dari teman atau kerabat jika si kecil terlihat kurus. Mendengar kata-kata tersebut, tentu saja ibu menjadi cemas. Padahal untuk menentukan kurus atau tidaknya bayi, tidak hanya dilihat dari penampilannya saja. Cara yang mudah dan tepat adalah dengan mengukur dan membandingkan antara berat dan tinggi badannya.

Beberapa sebab bayi kurus:

  1. Asupan nutrisi yang kurang seimbang, di mana ibu kurang cermat memberi nutrisi yang tepat untuk bayi.
  2. Memasuki usia 6 bulan bayi sudah lebih banyak bergerak atau beraktivitas dan pertumbuhannya mengarah ke pertinggian badan.
  3. Bayi menderita sakit, misalnya gannguan pencernaan atau penyerapan makanan dan diare sehingga nafsu makan berkurang dan berat badannya menjadi turun.

Dalam kondisi seperti ini, ibu tidak perlu cemas, karena ada langkah mudah untuk mengatasinya yaitu dengan memberikan nutrisi yang tepat dan seimbang sesuai perkembangan si kecil, antara lain pemberian karbohidrat, protein, lemak, kalori, vitamin dan mineral.

Jika berbagai upaya telah dilakukan tetapi si kecil tetap kurus, berarti ada masalah utama yang tidak teratasi. Oleh karena itu, mencari penyebabya menjadi sangat penting dan sebaiknya dikonsultasikan ke dokter agar dapat dilakukan tindakan yang tepat.

Untuk ukuran normal, ukuran bayi baru lahir harus mencapai 2.500 gr, tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Nah, pertambahan berat badan bayi bisa dilihat per triwulan. Pada triwulan pertama, kenaikan berat badan bayi berkisar 150-200 gr/minggu, triwulan kedua kenaikannya 500-600 gr/bulan, triwulan ketiga kenaikannya 350-450 gr/bulan dan triwulan keempat sekitar 250-350 gr/bulan.

Penambahan berat badan bayi pada triwulan pertama lebih cepat dibandingkan triwulan selanjutnya. Acuan untuk melihat normal tidaknya berat badan bayi adalah pada saat usianya mencapai 6 bulan dan 1 tahun. Di usia 6 bulan, berat badan bayi harus mencapai 2x lipat berat lahir dan menjadi 3x lipat pada usia 1 tahun. Jika berat badan bayi kurang dari itu, berarti berat badannya disebut rendah atau termasuk bayi kurus.

Standart Tinggi dan Berat Badan Balita

Usia & Jenis Kelamin Tinggi (cm) Berat (kg)

Laki-laki
3 bulan 61.1 6.0
6 bulan 67.8 7.8
9 bulan 72.3 9.2
12 bulan 76.1 10.2
18 bulan 82.4 11.5
24 bulan 87.6 12.6
30 bulan 92.3 13.7
36 bulan 96.5 14.7

Perempuan
3 bulan 58.5 5.4
6 bulan 65.9 7.2
9 bulan 70.4 8.6
12 bulan 74.7 9.5
18 bulan 80.9 10.8
24 bulan 86.5 11.9
30 bulan 91.3 12.9
36 bulan 95.6 13.9

Sumber: WHO/ NCHS


* Cilok kt web Milna..dalam bahasa indonesia. Ni kes Ardini cinonet sangatla ni...tu yang survey-survey pasal kurang berat badan



Nur Ardini 8 Months!



Ardini sudah genap berusia 8 bulan!! Berat 6.4kg dan tinggi 69cm..tapi BMI turun..dah kena leter sikitla..sebab BMI turun.. dia ni lasak sangat kot, tu yang macam tak mau tembam-tembam. Pastu tidur pun kurang, ikut suka dia je nak tidur ke tak. Papepun harap-harap dia sihatla..

Tuesday, October 11, 2011

Team Building Opis

Buat julung-julung kalinya opisku mengadakan Team Building yang pertama tahun ni. Team Building diadakan di Ilham Resort, Port Dickson selama 3 hari 2 malam. Sebelum citer basi walaupun dah ada bau-bau basi skit meh layan gamba-gamba sepanjang berada di sana.

Ni semua gamba hotel..cantek dekorasi hotel ni. Rumah pun besar. Bilik pun besar. Pendek kata kalau bawak family besar memang sesuai sangatla.

Ni plak pemandangan laut semasa air surut. Waktu amik gamba ni lebih kurang jam 8 pagi. Angin sepoi-sepoi bahasa..nyaman sekali!

Hari pertama..petang punye aktiviti, lukis lembu, buat lubang pada kertas. Kenali diri sendiri..huhu
Malam 1st...bergamba dulu sebelum masuk dewan..memang semua gler meposing, hihii

Hari ke-2, bersama cik Gaithri.


Malam kedua..program berkaroeke ngan BBQ..cun tak? heheh..


Hepinye memasing yekkk...

Hari ketiga menapak ke Rumah Api Tanjung Tuan...gamba ni paling aku suker..cantik!

Sampai gak akhirnya..walaupun menjadi group terakhir sampai, namun sampai gakla..dari tak sampai-sampaikan..Sebab sampai lambat tu adalah kerana aku tertinggal masa gi toilet n pastu rasa bolak-balik nak gi ke taknak..Last-last gi jugak.

Ni dia Rumah Api Tanjugn Tuan dari dekat..Rumah Api tu biasa je la..yang bestnya pemandangan di atasnya tu..cantik sangat. Rasa macam nak panjat lagi je!

Gamba Kumpulan Galene. kumpulan aku la tu..menang..juara masa team building tu..beshhhh..