Thursday, December 30, 2010

Malaysia vs Indonesia


Tahniah kepada Malaysia yang menjadi Juara Piala AFF Suzuki.2010 Semoga usaha dan kerja keras pasukan Malaysia berterusan dimasa akan datang. Paling best..esok cutiiiiiiiiiiiii

Wednesday, December 29, 2010

Genggam Fatimah

Pokok Genggam Fatimah atau nama sainsnya Selaginella lepidophylla adalah tumbuhan herba gurun dalam keluarga spikemoss. Pokok Genggam Fatimah terkenal kerana keupayaannya untuk hidup hampir kekeringan sepenuhnya; semasa musim panas dihabitat tempatannya, rantingnya merengkok menjadi bebola ketat dan kembali kembang apabila terdedah kepada kelembapan (Lebkuecher 1993). Ia tumbuhan tempatan bagi padang pasir Chihuahuan.

Dalam perubatan tradisional Melayu, Genggam Fatimah digunakan bagi menambah tenaga.

Kegunaan:

-Keputihan
-Sengugut
-Mengimbang Perjalanan Haid
-Mengembalikan Kekuatan Tenaga
-Mengecutkan Rahim selepas Bersalin
-Menyembuhkan Sakit Pinggang
-Melawas Pembuangan Air Besar dan Kecil
-Memberi Ketahanan Badan dan Kulit
-darah tinggi
-kencing manis
-menurunkan kadar kolesterol dalam darah
-menyembuhkan sakit sendi
-pelawas ( duretik )
-merawat kebas-kebas kaki dan jari
-membuang angin dalam badan
-menurunkan paras asid urik dalam badan ( mengawal penyakit gout )

-1 pokok dibasuh bersih
-Direbus dengan air anggaran 1.5 liter sehingga mendidih
(genggam fatimah menjadi hijau seperti hidup semula)
-Minum 1 cawan 2 kali sehari
-Ulang rebusan sehingga hilang warna
-Gantung dan jemur semula selepas guna

*wanita hamil dilarang minum

Hasil beberapa pencarian kat google katanya genggam fatimah ni tak boleh diminum oleh ibu-ibu mengandung. Hmm..tapi apa yang kita semua tahu, airnya amat bagus dijadikan air selusuh. Wallahualam. Inilah Genggam Fatimah yang aku kirim dari kawan yang baru balik mengerjakan haji.

Lupa

Arini aku lupa breakfast boleyyyy?? Hahaha..lawakpun ada, sebab aku memang jarang skip breakfast. Kalau adapun sebab memang tengah banyak keje, tapi still ingat lagi yang aku lom breakfast. Tapi kali ni memang betul-betul lupa. Sampai hubby call kul 9.40 pagi, dia tanya dah gi breakfast lom? Aku pun terfikir..a'ahla...orang lom gi lagi, lupa. Eh poyola awak ni :D Yelah macam la banyak keje sangatkan...

Yang sebetulnya, aku ralit makan kurma, kismis dan kacang-kacang dari Mekah. Kawan sebelah baru je balik haji. So sampai-sampai je opis terus mengudap. Pastu mengadap PC, elok lak kat forum amnet ada mini market untuk berjual-beli. So apalagi..ralit dok tengok-tengok barang terus lupa..Hehehe..

Tuesday, December 28, 2010

Kejadian yang tak disangka

Masa majlis berlangsung, rupa-rupanya ada pihak yang hampeh telah mencurik henpon hubby dan duit aku sebanyak RM250. Mulanya kitaorang tak sedar, dah pukul 6 petang hubby sibuk mencari henpon, sepatutnya henpon tu berada di atas katil tapi takde. Yang tinggal cuma charger yang masih ON. Kalutla dia mencari henpon tersebut, tapi sia-sia. Dah tengok bawah katil pun takde. Masa tu cuma syak salah letak je..

So masa lepas sembahyang mahgrib tu, aku suh dia cek handbag aku. Mana tau kot-kot ada kan. Sekali dia tegur duit aku yang dah tinggal seringgit-seringgit je. Terkejut dengar terus aku cek sendiri..Ya memang betul, duit dalam wallet cuma tinggal seringit-seringgit je. Duit RM 250 abes kena cilok, manakala duit RM10 pun kena kebas jugak. Hampagas punya perompak!

Sedihnya masa tu, yela kalau aku ni banyak duit, lantakla dia nak amik. Ni duit tu la nak buat belanja segala, sakit betul hati ni. Nampaknya bulan ni takde la aktiviti berjalan-jalan :-( (padahal dah plan nak gi Nilai 3).

Hari Isnin, hubby gi cek rekod call out simcard tu, kul 3.30 petang orang tu ada buat call ke no. telefon bimbit Indonesia! Malam tu lak 2 kali call orang lain-lain. Nombor telefon Indon jugak. Gayanya memang perampok Indon la punye keje. So bila tanya mak dia, ada tak invite orang Indon mak kata takde lak. Mungkinkah berlaku kes penyamaran?? Mungkin juga...

Pengajarannya, jika ada kenduri kendara, simpanlah barang-barang berharga di tempat yang selamat. Jangan ambik lewa je letak dalam bilik.

Aisyah n Fauzi Wedding

25 Disember 2010 yang lalu, majlis sambut menantu sebelah pihak lelaki pula, iaitu adik ipar aku. Majlis boleh tahan gempak juga la..Ni aku share beberapa gmba menarik.

bergaya kejap ngan pelamin uncle

Arina jadi ala2 flower girl

barisan hadapan Arisha dan Alya

pengantin cilik

we all sekeluarga bersama pengantin

Wednesday, December 22, 2010

Nasa n Marion 3rd Reception



kredit to sharifah nita fb

Nasa n Marion reception @ Mandarin Hotel, KL

gmba ke-2 bersama pelakon ummi nazeera

kredit to sharifah nita fb

Yahooo..esok cuti

Mengumumkan..bahawasanya esok, 23 Dec 2010 hingga 26 Dec 2010 aku bercuti!
Bercuti pulang ke kampung suami..di Batu Pahat, Johor..
Jumpa lagi..adios..amigoss~~

Tuesday, December 21, 2010

The Gift

TQ hubby for The Big Gift!

* Kualiti gamba tak berapa menarik sebab sangat teruja okehhh..tak sempat amik kamera..hahah

Our 5th Anniversary

Pada 25 Disember 2010 ini genapla usia perkahwinan kami selama 5 tahun. Berbagai onak dan duri kami lalui sepanjang 5 tahun usia perkahwinan ini. Sebab kami kenal tak lama, dan disatukan. Maka terlalu banyak perkara baru yang perlu dipelajari semasa awal-awal perkahwinan dulu. Kalau tak silap masa 25 Disember 2005 tu jatuh pada hari Ahad, pagi tu dalam pukul 11 pagi kami selamat diijabkabulkan.

Orang kata usia perkahwinan bila telah mencecah 5 tahun ini banyak onak dan duri perlu dilalui. Macam lebih banyak dugaan la. Walau apapun kita sebagai orang islam tak perlu percaya pada kata-kata itu. Tapi adat berumahtangga perlu berwaspada dengan sebarang bentuk anasir-anasir luar ni.

Harapan aku pada angka 5 ini diharapkan jodoh kami berkekalan hingga ke akhir hayat, bersama 3 orang permata hati kami..AMIN..

Monday, December 20, 2010

Kambing

Pagi ni tetiba jumpa kawan cik abang dalam lif, pastu cik abang gi cakap, eh bilala nak tengok kambing tu...Dia balas, ala ko ni dia da banak 2 ekor dah, sekor jantan sekor betina. Datangla tengok..Ni citer pagi tadi masa nak keluar sapan.

Kambing tu sebenarnya kitaorang pawah ngan abang kawan cik abang tu. Aku pun da lupa tahun bila beli, tapi yang pasti tak lebih dari 3 tahun. Masa tu kawan dia sibuk cari sape yang nak join bisnes tu. So kitaorang join setakat yang mampu dengan modal sebanyak RM500 untuk seekor kambing. Apabila kambing tersebut beranak, maka seekor akan diberi sebagai upah kepada penjaga manakala seekor kami yang punya, Macam tu la konsep pawah kambing yang kami join ni.

Abang kawan tu lak dok kat Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Nak pegi sana punya la bercinta, padahal takdela jauh manapun..boleh aje nak gi tengok. Sian dia, tuannya takmo tengok..hikhikhik

Friday, December 17, 2010

Yayasan Warisan Anak Selangor (TAWAS)

Baru mengetahui mengenai TAWAS ni, tapi malangnya anak aku sudah berusia 2 tahun. So untuk sesiapa yang masih belum terlewat, sila isi borang secara online disini http://www.tawas.org.my/online.html

Berikut adalah syarat-syaratnya :

PINDAAN DAN TAMBAHAN SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)


PERHATIAN : Tarikh Tutup Pendaftaran Adalah Pada Hari Ulang Tahun Pertama Pemohon

Syarat 1

i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008;
iii. Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974.

Syarat 2

i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008, DAN;
iii. Ibu dan Bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Selangor minimum 5 tahun. (Perlu mendapatkan pengesahan taraf permastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/ Ahli Parlimen/Senator/ ADUN dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal).

Syarat 3

i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di luar negeri Selangor (sempadan negeri Selangor) mulai 1hb Januari 2008, DAN;
iii. *Ibu dan Bapa bukan kelahiran Selangor tetapi bermastautin tetap di negeri Selangor. (Perlu mendapatkan pengesahan taraf permastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/Ahli Parlimen/ Senator/ ADUN dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal).
*Ini merujuk kepada Ibu dan Bapa yang bermastautin di daerah yang bersempadan dengan negeri lain. Contoh: Selangor-Perak, Selangor-Negeri Sembilan dan Selangor-Wilayah Persekutuan sahaja.


Tahniah, Marion Rose Caunter n SM Nasa....

Pada 16 Disember 2010, Nasa dan Marion selamat diijabkabulkan..dah sah bergelar suami isteri dorang ni. Just nak share beberapa gamba semasa majlis pernikahan mereka. Menariknya baju Marion ni..simple tapi cantek dimata aku..

kredit to sharifah nita FB

Tuesday, December 14, 2010

Mood SKT

4 hari tak update blog. Sebabnya tengah kebizian menyiapkan SKT dan LNPT. Biasala dah nak hujung-hujung tahun ni. Pastu aku ni rajin sangat mengupdate..tu yang bila dah abes tahun baru nak carik-carik dalam fail. Hadoiiii..Mujurla ada sorg officer terlebih rajin mengupdate sebelum beliau bertukar dari unit ini. Kalau tak mau tertonggeng aku menyiapkannya..

Pengajaran yang aku dapat, pasni rajin-rajinle mengupdate SKT tu supaya hujung tahun tak pening nak update. Kot ingat xpela jugak. Kot tak ingat nak selak ke fail-fail kerjasama aku tu yg dah mencapai 100 lebih fail??? Lu pikirla sendirik!

Thursday, December 9, 2010

Resepi Carrot Cake

* Gambar hiasan semata-mata

3 cwn carrot
4 biji telor
1 1/4 cwn minyak jagung
2 cwn gula cantor
2 cwn tepong gandum
1 cwb raisin
1 cwn walnut
2 sudu teh bikarbonat
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk kayu manis

Toping

cream cheese 250gm
ising sugar 120gm
butter 120gm


* Kredit to Puan Suhaini kerana memberikan aku resepi baru untuk dicuba. Actually diapun dapat dari kawannya. Namun aku masih belum sempat mencuba sebab baru je 2 hari dapat resepi ni..kepada sesiapa yang suka carrot cake macam aku bolehla mencuba. Selamat mencuba ;-)


Wednesday, December 8, 2010

For The Rest Of My Life - Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009

* Lagu ini sangat-sangatla digemari oleh anakanda berdua tu. Dalam keter nak pasang lagu ni aje. Siap nyanyi-nyanyi lagi tu..Si kakak okla..dia dah leh tangkap word by word lirik tu. Yang kelakarnya si adik..sebut hujung-hujung aje..wakakak..apa-apa ajelah nak oiii..

Arisha demam.........

Hari minggu yang lalu Arisha dah batuk-batuk. Pastu sekali ngan muntah..kesian anakku. Makan ubat macam makin worse lak. Mungkin sebab ubat tu akan keluarkan lendir dan kahak melalui muntah dan najis. Jadi memang lembik gakla Arisha.

Semalam lak badan dia dah start panas. Tapi panas yang tak melampau la..orang perak kata dedau camtu. Hidung dia lak cam tersumbat. ni mesti nak kena selsema, cakap dalam hati. Elok malam tadi dia cam merengek...rasa-rasa badan rupenya panas. Arisha demam! Panas sangat...

Dia nak susu, aku tanya nak ubat demam tak? Dia jawab NANAK! Alahai camno ni?? Sudahnya letak dalam susu dia..tapi sebab mulut dia tak sedap, susu tak abes dalam 2oz lagi. Aku pujuk lagi, makan ubat demam ye...still jawapan yang sama, NANAK! Aku teruskan lagi pujukan, makan ubat selsema ye..baru dia jawab, Hmmm...(tanda nak). Apa lagi aku terusla amik 2 botol sekali, ubat selsema dan demam. Bagi ubat demam dulu kemudian ubat selsema. Bukan apa, incase kalau dia berubah fikiran, atleast ubat demam dia dah telan..hehehe..

Alhamdulillah, tak lama pas makan ubat tu suhunya berkurang. So Arisha tido dengan lenanya. Bangun pagi tadi pun badan masih ok. Nak gi keje kul 7.15am tadipun masih ok badannya. Tapi hatiku tetap rasa nak half day arini...huhu...

Saturday, December 4, 2010

Big Day For My BIL

Hari ini merupakan hari persandingan adik iparku Fauzi dan Aisyah di Batu Pahat. Mereka telahpun selamat diijabkabulkan pada 3 Disember 2010 (smlm) di rumah pengantin perempuan. Alhamdulillah..dah selamat bergelar suami dan isteri keduanya.
Aku dan anak-anak pula tidak berkesempatan untuk pulang ke kampung. Cuma my cik abang je gi balik tumpang adik dia. Tupun baru pagi tadi, kul 4 pagi baru sampai kampung. Alhamdulillah selamat perjalan beliau..
Kepada Fauzi dan Aisyah, selamat pengantin baru diucapkan..semoga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin. InsyaAllah kami akan menyaksikan persandingan pihak lelaki nanti pada 25 Disember 2010 bersamaan tarikh anniversary kami yang ke-5..(ni kena peringat cik abang ni soh sedia hadiah..muahaha..)

Thursday, December 2, 2010

Filem Janin


Sinopsis:

Janin mengisahkan kehidupan penduduk di sebuah kampung nelayan yang hidup dengan aman damai. Cerita bermula dengan ramai penduduk kampung selalu kehulangan duit mereka. Tetapi mereka tidak mengetahui siapa yang mencuri wang mereka. Sehinggalah beberapa orang kampung terserempak degan pencuri kecil bernama Esah.

Esah, seekor toyol selalu mengunjungi keluarga Sutera isteri kepada nelayan bernama Hashim tanpa mereka sedari. Mereka mempunyai tiga orang anak yang masih kecil. Kunjungan Esah ke rumah Sutera terlalu kerap membuatkan hasil pencurian berkurangan. Ini membuatkan pembela Esah menjadi marah kerana hasil kecurian semakin berkurangan.

Esah dimarah oleh pembelanya dan enggan diberi makan. Esah yang dahagakan kasih saying telah membunuh orang yang membelanya. Tanpa tuan, Esah menjadi ganas dan telah menyerang penduduk kampung dan banyak kejadian negeri telah berlaku. Orang - orang kampong telah berpakat dan mula bertindak untuk menangkap Esah, tetapi tidak berhasil. Dengan tidak disangka mereka mendapat kejutan apabila mendapat tahu tentang hubungan antara Esah dan Sutera.

Pelakon: Eja, Hairie Othman, Sherry Merlis dll.

Novel Janin ni dah keluar since 2009, sepatutnya novel based film tapi sebab film lambat sangat keluar, so novel keluar dulu. Authornya adalah Wan Hasliza Wan Zainuddin.

Sedikit spoiler from forum myartismelayu.net, Sutera(Eja) tu kira pompuan paling hawt ler kat kg...pastu Harun (Hairie) seorg nelayan berjaya ngorat Sutera & kawin... Inaiyah anak sulung diorg...& baby paling chumel la kat kg...semua org puji... sampai satu masa Harun sibuk carik duit utk famili selalu keluar malam... jiran Sutera mulut jahat cocok si Sutera yg Harun mungkin cari pompuan lain...Si Sutera mengendap laki dia naik sampan bwk baby sekali...pastu baby dia terjatuh dlm laut.... dipendekkan citer ada guru besar sekolah tu berselindung disebalik pangkat dia sebnrnya bela toyol utk support idup mewah dia anak beranak...so dia yg upah satu bomoh siam ni puja satu toyol utk dia.... kebetulan waktu tu Inaiyah baru meninggal...so bomoh tu curik mayat inaiyah puja2 jd toyol... tuan baru bg dia nama baru Esah.... Esah pulak still ada memory terhadap mak dia walau dh jd toyol...tu yg dia suka lepak kat rumah mak dia memerhatikn mak dia dr jauh....dahagakn kasih syg mak dia.... dan cemburu dkt adik beradik dia yg lain kerana masih dpt belaian seorg ibu...

Adeiii...@ 29 weeks

Pagi tadi dah gi check up untuk 29weeks kat klinik. Tapi itu perkara biasa rutin untuk ibu mengandung. Apa yang aku nak ceritakan disini ialah ada berlaku kejadian cemas di KK tadi. Bukan terjadi kat orang lain tapi pada aku sendiri. Semasa berada dalam bilik pemeriksaan oleh JM tadi, cam biasa JM itu akan periksa heart beat baby samada normal ke tak. So masa dia nak periksa tu, aku dah perasan alat tu macam nyanyuk je. Mana taknya, asik termati-mati je. Dia rasa perut aku dan cakap, kepala baby berada disebelah kanan. Means keadaan baby melintangla. Aku releksla lagi sebab normal la tu, baby gerak-gerak suka hati dia. Sekali dia dok guna alat tadi untuk kesan heart beat tu tak dapat-dapat jugak kesan kat mana. Aku cuakla jugak, ditambah lagi alat tu nyanyuk.

Pastu dia cakap, kejap saya tukar ngn bilik sebelah. Dapatla alat baru..diapun start balik kesan dimana heart beat tu. Masih juga tak jumpa-jumpa. Adeiii..dalam hati cemas gakla..yelah dah 29 minggu dah! Elok ada sorang staff nurse masuk, dia minta tolong akak tu cekkan. Akak tu tanya kepala baby kat mana. Dia cakap sebelah kanan, n then akak tu rasa kat bawah perut, dia kata kat sini ada. JM yang tadi tu kata, dia rasa takde. Akak tu terus letak alat tu kat perut. Kusss semangat..mujur ada! Aiiyooo..gabranya aku masa tu. Syukur ada jugak heart beat baby..huhu..

Selesai je cek heart beat baby, dia cakap baby tu songsang. Tapi still ada peluang untuk berubah kedudukan lagi, sebab baru 29weeks. Yang takde peluang atau kena bagi tarikh potong perut tu bila dah 35weeks..Huhuhu...

Macam-macam lak anak ke-3 ni. Notty like ayah ekkkk..nak kena popok ni..Hahaha...Papepun aku malas nak fikir dah, uri kebawah ke, songsang ke..janji aku n baby selamat keluar nanti.

Wednesday, December 1, 2010

Busy Crazy

Lately memang aku sibuk. Sibuk sangat sampai takleh makan tu takla, tapi sibuk takleh nak mengulorpun..hehe..Tapi disebabkan nak update blog ni, aku cuba gak update serba sikit. Dengan keadaan perut yang dah membesar ni, aku masih lagi terpaksa membuat kerja-kerja rutin ku. Tambah lagi teman sebelah ni masih lagi bercuti haji. Pada 29 Disember 2010 baru beliau akan naik kerja. Pastu dia pulak pulun sebab aku akan cuti bersalin pada bulan Februari 2011 nanti. Dijangkakan juga Mesyuarat tertangguh selama 2 tahun tu pun akan berlangsung pada hujung Februari 2011. Makin kelam kabut la dia nanti..huhu..Kesian. Tapi apa boleh buat, nak taknak dia kena buat juga. Harap-harap pas bos aku fly malam ni takdela benda-benda yang pening kepala datang lagi. Hari ni pun dah berpuluh call aku buat. Hmmmm..