Monday, November 29, 2010

MAHA 2010 & Sua Rasa TV9


Pada 28 November yang lalu, kami telahpn pergi ke MAHA dan Sua Rasa TV 9 di MAEPS, Serdang. Keluar dari rumah 9.30am, sampai je gate 2 tu, kereta dah berderet masuk ke dalam untuk parking. Makan masa dalam 20 minit jugala. Sampai je kat sana ada booth sedang promosi drama Ceplos, budak yg berlakon sebagai anak Ipin tu ada. Arina lak malu-malu naik ke pentas bila dipanggil. Apadaaaa..
Pastu gi booth kt depannya, booth Adik di 9 tak silap, ada si tecit yg suara Upin & Ipin tu. BUkan Fatihah rasanya. Tak tau la apa nama. Huhu.. Orang yang paling suker Arina la sape lagi! Dapat la begamba kejap, Arisha lak malu-malu..


Gerak ke booth seterusnya, booth keagamaan. Ustaz Hasan Din sedang menyampaikan ceramah. Disebabkan lambat sampai, jadi xtau apa tajuknya..tapi berkaitan ngan alam akhirat. Memang best, cuma tak sempat mendengar lama sebab si tecit dah ngarok. Huhu..


Selepas agak penat berjalan-jalan, kitaorang bergerak ke tapak MAHA pula, tapi bukan semua tempat di jelajah, sempat gi satu tempat je, gerai jualan buah-buahan dan pokok-pokok je. Over all buah-buahan tu agak mahal, pokok-pokok lak kalau beli banyak-banyak leh dapat murah. Kalau nak beli sikit baik beli kat Tesco je..Hehe..

Rahsia Pemakanan Ilmuwan Islam

  1. Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
  2. Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  3. Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
  4. Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  5. Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
  6. Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
kredit to feryco.com

Thursday, November 25, 2010

Aidiladha

I just wanna share all the pictures of my lovely daughters..

Wednesday, November 24, 2010

28 weeks

Sekarang ni kandungan aku dah masuk 28 minggu. Sekejap je masa berlalu..rasanya baru je gi cek peknen ke tak. Hehehe..Bila dah masuk 28 minggu ni perut dah makin mengeras je rasa, nak berjalanpun dah terasa. Dah ala-ala penguin plak..huhu..tapi kontrol lagi sebab takmo nampak pelik sangat. Hehehe..Next week ada check up, tapi check up biasa aje. Pastu dah start check up 2 minggu sekali, dan masa 30 minggu nanti ada repeat scan lagi. Nak tengok keadaan baby dan uri camane. Harap-harap okla..tak perlu masuk hospital atau kena c-sect. Ngeri oooo....

So sekarang ni apa yang mampu aku buat cuma berdoa aje. Harap-harap semua urusan dipermudahkan oleh-Nya. Walaupun aku still 'rasa' macam masih kat bawah, tapi harap-harap ada la satu miracle untuk segalanya ok nanti. Kawan-kawan tolong doakan sekali ye...Thank You!

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha


Selamat Hari Raya Aidiladha ku ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat. Mohon ampun dan maaf atas keterlanjuran kata, kesilapan perbuatan dan halalkan makan dan minum. Hari ini juga merupakan hari puasa sunat Arafah, namun aku tidak berkesempatan untuk menunaikannya dengan keadaan sebegini.

Semalam elok je bos aku suh cuti, adeiii..tak planning nak cuti pun. Tapi sebab cuti gantian ada 2 hari lagi, so bos suh amik siap-siap. Maka akupun turutkan aje. Orang suh cuti, cuti ajela. Kang dia tak bagi cuti lagi haru. Hahahah...

Tapi masih tak tau balik kampung ke tak. Dari gaya-gaya mak macam nak balik aje. Yelah mana dia penah raya kat sini. Cumanya keputusan en. hubby je lom tau. Nak balik mana. Aku kalau boleh nak balik perak sebab ada urusan yang perlu aku setelkan. Tapi depends la macam mana nanti.

Thursday, November 11, 2010

Arisha pulak!

Semalam balik je dari keje, terkejut tengok mata Arisha. Mata dah bengkak kemerahan dan demam pulak tu. Rupanya diapun terkena sakit mata juga. Kesian anak aku. Ni kes jangkit dengan kakak la ni. Tapi lambat plak jangkitnya, sebab sikakak mata memang dah ok. Terus letak ubat mata tapi dia tak mo. Alahai..camne nak sembuh nak oiii..paksa pegang tangan dia, baru masuk sikit ubat titis tu. bagi ubat demam dan tahan gatal.

Bila malam baru nampak dia ceria. Mak aku kata sebelum tu macam tak ok, asek merengek minta diriba dan berdukung. Mungkin dia tak selesa la kot. So malam tu bawak gi makan luar. Dia sukala dapat keluar, tapi bukan nak makanpun. Kakak je makan nak dekat sepinggan! Kakak tu memang..kuat makan..hahah..

So arini macam berat hati je nak gi keje. Nak cuti, cuti tinggal 5 hari je..bulan depan sah-sahle kena amik cuti lagi sebab adik ipar nak kawen. Sudahnya pegi gak keje. Tapi jap-jap lagi nak call umah. Arisha ok ke tak. YaAllah ya Tuhanku, Kau sembuhkanlah mata anakku..amin.

Tuesday, November 9, 2010

Port Dickson

Pada 6/11/2010 bersamaan hari sabtu, aku telah membuat request kepada en.hubby untuk berjalan-jalan ke KLCC. Tapi tengah siap-siap tu Arina leh ckp, yeayyy ayah nak bawak Port Dickson..Maka sampaila kami ke Port Dickson. Ni aku share gamba-gamba disana.Arisha yang ceria tgk laut

Kombo

Last 2 weeks ago, kami sekeluarga pulang ke Batu Pahat, Johor. Balik kampung hubby setelah sebulan lebih tak balik. Lagipun masa cuti rayapun tak sempat balik sebab budget yang ciput tahun ni..hahaha..malam tu tido umah baru my mil kat Kampung Sungai Lurus. Arina dan Arisha kemain suka lagi..ye la dapat jumpa sepupu sepapatnya..dah lama tak jumpa. Sepupu-sepupu dorang pun dah besar masing-masing. Riuh rendah rumah hj. Bahar dan hjh. Habibah.

Setelah menghabiskan cuti selama 3hari di sana kami semua pulang berangkat ke Kajang. Oh ye..tujuan balik tu sebab fil aku tak berapa sihat. Mujur takde penyakit yang serius setelah diperiksa oleh klinik dan hospital. Alhamdulillah...

Keadaan Arina masa tu ada terkena flu sikit. Tapi masih under control lagi. Keesokan harinya, badan arina terasa macam demam. Mungkin dia kepenatan kot. Bagi ubat ok sembuh..cuma yang merisaukan aku flu ngan batuk dia. Macam xmo reda-reda. Malam lak suka mengigau. Aku belikan Air Musoffa. Alhamdulillah kena air tu macam ok sikit. Tak mengigau lagi, cuma batuk tu xmo hilang-hilang.

Sekali ari rabu bersamaan 3/11/2010 mata Arina bertahi. Macam nak kena sakit mata je budak ni..tengok-tengok ari khamis tu memang betul matanya dah merah. Bawa ke klinik, dengan aku-aku sekali MC daaaa..nak jaga anak punye pasal. Letak ubat titis punyela dera. Tak mo..takut, tapi aku paksa jugakla sebab nak bagi sembuh. Sementara tu batuk-batuk dan flu masih xkurang, muntah plak lagi..aduii kesian anak aku. Hari jumaat beransur ok matanya. Jadi hari Sabtu tu ajak hubby g jalan-jalan. Dia bawa ke Port Dickson. Best...tapi pas balik tu mata Arina bertahi kembali. Panas badan agaknya budak ni.

Malam kembali batuk-batuk dan muntah. So ari ahad bekejar lak ke Hosp Serdang, yelah risau juga ko apa-apa sebab dah seminggu lebih xmo hilang-hilang. Skang ni Arina continue ubat hosp lak. Mau nak dekat abes jugak dia makan. Tapi still batuk lagi. Akupun macam dah berjangkit. Aduiii..arini kepala tingtong gi keje. Ya Allah kau sembuhkanla segala penyakit kami sekeluarga. Amin.