Friday, June 18, 2010

Kempen Ganyang AEDES

Pagi tadi ada Kempen Ganyang Aedes di Bilik Gerakan, KKM. Yelah sekarang ni kan kes denggi merebak bagitu hebat sekali. Sehinggakan ramai dah yang maut akibat denggi ni. So artis yang menjadi ikon lebih kurang ialah Aznil Hj. Nawawi. Selepas tamat sidang media, kamipun apalagi segerala berhempit nak amik gamba..hahah..

Tuesday, June 15, 2010

Lagenda Budak Setan (Promotion)

Hari sabtu yang lalu aku dan keluarga gi Alamanda utnuk collect the CD's. Yang konon-kononya menang tu la. Sebab dok call-call En. Jalani tu tak berjaya maka aku telah menghantar PM kt bro Ahadiat Akshah. Bro tu suggest aku gi Alamanda jumpa En. Jai lak. Sampai Alamanda kul 1.30 petang, gi GSC dulu nak tengok tiket Shrek ada kul bape, sekali kul 2 dan 4. Tak leh la sebab kul 2 tu cam tak sempat manakala kul 4 tu cam lambat sangat. Mau anak aku meragam nanti..huhu..

So kitaorang gerak ke Rasa untuk lunch hari tu. On the way tu ternampak Lisa Surihani baru sampai dan berjalan dengan lajunya. Nampak juga kelibat macam emaknya ada sekali mungkin menemani Lisa kot. Cantiknya!!!

Abes je makan-makan kt Rasa dalam kul 2.10 petang, terus bergegas ke GSC semula untuk berjumpa Encik yang dimaksudkan bersama Arina. My cik Abang setuju untuk menjaga Arisha buat sementara waktu.

Sampai je kat depan GSC nampak ramai orang..akupun bersama Arina terus selit-menyelit..ekeke..jumpa dengan pihak GSC dan mereka cuba untuk mendapatkan Encik tersebut. Beberapa minit kemudian mereka memaklumkan bahawa aku perlu menunggu sebentar lagi untuk berjumpa Encik Jai. Dalam hati berkata-kata..ala janganla lama sangat mau ada yang balik kang..huhu..

Aku terus beratur untuk minta autograf Lisa Surihani, dalam masa yang sama pihak Tarantella (kalau tak silap) sedang sibuk tanya-tanya sesiapa yang telah membeli tiket untuk tayang 2.45 petang hari itu. Ala...kecewanya, yela dah tengok mana de tiket lagi. Last-last dengan slumbernya aku tunjuk-tunjuk novel LBS tu, terus dia panggil untuk minta autograf, huhu..dapatla bersalaman dengan Lisa Surihani dan isteri kepada sutradara filem tu. Arinapun tak ketinggalan bersalaman..hehehe..2 kali youuuuu. Masa jumpa tu sempatla bertanyakan tentang Farid Kamil yang tak muncul lagi, katanya belum sampai. Ucap gud luck kat Lisa, lakonan anda memang best!! Ok terus aku kebelakang untuk jumpa cik Abang sebab dia dan terjenguk kepala ngan Arisha.

Elok je nak simpan novel dalam beg, Encik Pengacara panggil aku sekali lagi...untuk ditemuramah pulak. Tadi terlupa gamaknya..hahaha. Maka jawabla beberapa soalan tentang sejak bila aku baca novel dan juga jika ada part II is it ok with that. Aku jawab je sangat ok dan perlu tambahan masa untuk lebih menghayati filem tersebut. Encik tu suh Mrs. tu dengar komen aku..ekekek..Lisa dan Mrs. tu cam terkejut je sebab mungkin tak sangka kot peminat novel leh cakap begitu..hehe..

Harap sequel dan part II nanti masa lebih panjang dan tidak terkejar-kejar masa..Untuk cik Abang thank you so much sebab sudi menghantar isterimu ini ke promotion tersebut..Thanks lalink..muahhhh

Monday, June 7, 2010

Cemas

Nak cerita kejadian hari Sabtu lepas. Masa tu kitaorang nak gi umah lama, nak setel apa yang patutla..jual paper, amik langsir dan amik barang yang tertinggal di rumah lama. Nak dijadikan cerita, mak aku gi buang sampah dan hbby kunci pintu umah. Dengan cuaca yang panas maka aku start enjin kereta dan letak si Arina dan Arisha dalam kete. Aku tunggu kat luar sebab mak aku citer pasal jiran kat depan tu..

Jadi tengah sedap-sedap dengar citer, tetiba aku tengok Arina nanges nak jerit tapi tak keluar suara sementara cermin tingkap makin mengecik tanda sedang ditutup oleh seseorang..rupa-rupanya Arisha gi tutup tingkap tu..yaAllah hanya Tuhan je yang tahu perasaan aku masa tu. Terus aku masukkan tangan untuk betulkan tingkap, dan tingkap tu naik sikit sebab aku lupa dan panik nak tekan tang mana. Sekali lagi tekan baru leh turun. Keadaan masa tu memang kalut giler..yela tak penah berlaku keadaan sebegitu rupa.


Buka je pintu kereta Arina menangis kuat dan Arisha pun sama sebab mungkin dia terkejut kitaorang cam panik dok jerit-jerit. Arina keluar kereta terus muntah mungkin sebab leher dia yang seperti tercekik tu. Muka dia ada kesan calar, tak pasti kenapa mungkin sebab terkena tangan dia yang kalut masa terkepit itu. Sementara itu aku tenangkan Arisha yang menangis.

Kesannya leher Arina kemerahan, muka dia pun sebab kuat dia nanges. Tapi sempatla pesan ngan dia, " tu sebab mama tak bagi kakak hulur kepala kat luar tingkap, bahaya. Adik kecik, dia semua benda nak tekan " . Dan arina mengangguk aje. Fahamla kot sebab sebelum ni pun aku penah marah dia sebab hulur kepala ke luar.

Pengajarannya, jangan biarkan anak-anak duduk dalam kereta tanpa pengawasan ibu bapa dri DALAM, dari LUAR pun tak boleh sebab dibuatnya dorang hidpkan enjin ke..lagi haru..
Dan aku jadikannya pengajaran

Saturday, June 5, 2010

I've Got It!!!

Tengahari jumaat aku sempat ke GSC Alamanda untuk menonton filem Lagenda Budak Setan. Tiket telah dibook oleh kawan aku, Fiza. Diapun tak sabar nak tengok katanya...Masuk panggung..perghhh ramainya umat manusia...suma pakat menonton time rehat-rehat begini. Ye la rehat kan lama, so sempat sangatla nak tengok. Yang mejengkelkan lelakipun ada masuk panggung! Bukankah mereka sepatutnya solat jumaat??!!
Balik je dari Alamanda aku terus update kat FB LAGENDA BUDAK SETAN aku punye review..just a simple comment je..apa yang aku resa ketika menonton..

Dan malamnya dengan tak ku sangka review aku tu telah menang dan dapat hadiah CD soundtrack filem ni..tak sia-sia aku pegi tengok rehat semalam..huhu..


Friday, June 4, 2010

My New Home Sweet Home Part II




Dapur sedang dipasang Table Top

Pintu Sliding ruang tamu dan pintu bilik ke-2

Pintu utama rumah

Kipas yang siap dipasang

Kipas bilik

Tuesday, June 1, 2010

Langsir Baru

Citer pasal langsir, umah baru ku ini kuhiasi dengan langsir baru yang ditempah dari kedai langsir Norinas, Kampar, Perak. Semua 3 pintu bilik + 1 sliding door 2 panel + tingkap 3 panel (2)+ tingkap 2 panel = RM 900. Kos kain termasuk upah sekali. Rasanya berbaloi-baloi kerana di KL dan Lembah Klang kebanyakannya mesti cecah ribu-riban..Ok ni dia langsir yang dimaksudkan..

My New Home Sweet Home

Alhamdulillah pada 6 Mei 2010 yang lalu kami telah berpindah ke Kajang. Syukur sebab projek yang macam sangkut-sangkut ni siap juga. BUkan projek rumah, tapi projek merenovate rumah. Mula-mula cam ada masalah ngan kontraktor. Bukanla nak mengata bangsa sendiri, tapi kita dah beri peluang dan kepercayaan pada dorang, buat sambil lewa je. Seolah-olah sengaja melewatkan siap je. Geram pun ada. Akupun malas dah nak cerita sebab buat menyakitkan hati je kalau diingat kembali.

Jadi skang nak cerita pasal rumah baru aku. Rumah kecik je, yang mampu kami beli buat masa ini. Akan datang adala niat untuk membeli rumah di atas tanah..hehe.. rumah sekarang ats tanah juga..tp masih ada rumah bertingkat-tingkat di atas rumah kami..means apalagi..apartmentla!Ok jom layan gamba-gamba rumah baru kami yang masih belum dan sedang direnovatekan..layanz~~~










* Baru upload sikit je..next time aku upload lagi...