Wednesday, May 26, 2010

Masih Menanti Lagenda Budak Setan

Lately hatiku resah dan gelisah..bukan sbb apa pun, sebab nak tunggu filem Lagenda Budak Setan keluar. Ahaks! Baru-baru kawan-kawanku telah mendapat tempat VIP untuk tayang perdana filem ni di Midvalley, KL. Jelesnya tak terkata. Jeles sebab mereka akan tahu jalan cerita dari aku. Lawak bukan?? Tak kira..aku nak tengok jugak minggu depan..

My cik abang awal-awal lagi dah tolak perlawaan aku. Katanya dia tak berkenan ngan citer tak thrill, hahaha..hati orang tak leh paksa. So baik aku pergi bersama kawan-kawan yang sekepala.

muzik video LAGENDA BUDAK SETAN

Wednesday, May 5, 2010

Survey

Petang tadi aku dan cik abg pegi survey harga perabot, kitchen cabinet dan juga lampu hiasan. Sebelum ni kan macam busy je..so tak sempat nak tengok harga.
Mula-mula kami masuk kedai perabot. Nampak tidak menarik sangat. Bila tak menarik jadi tak tengokla harga-harga disitu. Masuk pula kedai sebelahnya. Namanya lebih kurang 99 Home camtu le lebih kurang. Tengok set bilik tido. Maka terbekenan la dengan satu set kaler putih yang beharga RM2.3K! Perghhh memang cantik giler. Wardrobe dia memang besar dan berbaloi beli sebab boleh memuatkan baju kami yang banyak giler sekarang. Selain itu boleh la simpan bantal yang tidak digunakan. Cehhh..sempat berangan tu. Ekekeke....Tapi siyes memang lawa..dah jatuh hati kepada wardrobe itu! Tapi harga ibarat 1bula punye belanja. Camno tu??!! Terminat juga ngan cermin hiasan beharga RM199 (offer katanya) tak tau betul ke tak.
Maka keluarla kami dari kedai tersebut dengan terpaksa sebab tak dapat beli pun kan..
Masuk pula ke kedai kitchen cabinet and wardrobe. Cabinet yang dihidangkan memang best-best belaka. Hargapun best, around RM7K with accessory. PAstu kebanyakan cabinet tu dia nak jual yang display around RM4K++ termasuk accessory, hood and cooker. Adoiiii..sekali lagi ingin pengsan. Sebab memang best. Walaupun display tapi cabinet tu still cantek dan elok sangat lagi. Aku ulang balik, SANGAT ok!! Pastu naik atas tengok wardrobe pula. Aku tidak seperti tadi sebab macam tak minat sangat, semua nampak biasa-biasa. Melainkan 1 wardrobe tu nampak ok la. Tapi dalam hati tak belipun tak pe sebab lebih bekenan pada set tidur sebelum ni. Keluarla kitaorang dari kedai, dan pergi makan..(sebab lepas kedai cabinet tu kedai makan..wakaka)
Lepas abes makan dengan tidak berlengah-lengah aku masuk kedai lampu hiasan. Sekali lagi aku teruja sebab sesuai sangat dengan apa yang aku idamkan, iaitu moden dan kontemporari konsep. Semua ada..bentuk bunga, bentuk daun, bentuk gelas, bentuk bola..cakap je suma ada. Tapi yang paling menarik minat aku yang berbentuk gelas, biarla orang nak kata cam gelas lekat kat dinding ke hapa..janji aku suker.. Harga?? Kedai ni pun wat stock clearance, dapat RM39 sahaja!!! lampu dinding kembar 2 berbentuk gelas dengan lampu phillips didalamnya. Pastu ada la 2-3 design lagi yang aku suka yang beharga sekitar RM39-RM79 untuk lampu dinding. My cik abang lak dah terpikat kat 3 rangkai lampu hiasan ceiling, RM149. Cantik gak nampak moden, cuma kaler je tak kena dengan kipas, coz lipas we all kaler kuning-kuning karat gitu..akupun tak reti nak describe :D Jiika nak pasang mestila kena 2 kan..kiri dan kanan kipas, barula nampak balance, kang beli 1 jadi berat sebelah! Ape citer beb?? Rusak..Rusak..Tiba-tiba mataku terpahati pada 1 lampu comel gamba doraemon..comel gilerrr. Cakap ngan cik abg ni kalau letak kat bilik Arina dan Arisha pasti mengancam! Mau tak tido malam dorang. Wakakaka..Harga RM39. So over all jika kami (kami, walaupun duit cik abang..ekeke) beli, adalah sebanyak RM405. Itu baru harga lampu belum lagi upah pasang. Sekali tanya kat kontraktor katanya sayangla plaster ceiling tu dah buat nak ditebuk-tebuk. So...?? Nampaknya belum ada keputusan. huhuhu

Saturday, May 1, 2010

Risau

Malam ni dapat tahu arisha demam di kampung. Kesian dia. Aku rasa macam nak balik kampung malam ni jugak. Tapi macam mana? Sebab hal rumah tak settle-settle lagi. Ntah-ntah dia demam rindukan kami..almaklumla, dia tak penah berpisah dengan kami. Arghhhh..risaunya..rindunya...