Thursday, April 29, 2010

Bila Mereka Tiada..

Ahad lalu arina dan arisha ditinggalkan dikampung. Terpaksa tinggalkan sebab kami akan berpindah rumah.Jadi bagi melicinkan urusan-urusan mengemas barang terpaksala ditinggalkan. Jika tidak huiii jenuhla nak mengemas bersama mereka..

Sampai dari Perak lebih kurang kul 9, terus ke rumah baru di Kajang. Tengok keadaan rumah tu dah siap setakat mana.dah puas jelajah terus g mcD equine untuk dinner. Sambil-sambil tu ber pesbuk..hehehe..

Sampai je umah..alahai..sunyinya..terasa betul sunyi kat umah ni.huhu..rindu pulak kat dorang. Mujur ada baju dorang wat cium. Hehehe..wlupn baju arisha bacin..tapi tetap best

Harap-harap segala urusan berjalan lancar so kami boleh berpindah dalam weekend ni juga. Harap-harapla. So nanti boleh amik dorang cepat-cepat. Hmmmm..

Saturday, April 17, 2010

Lagenda Budak Setan

Baru-baru ini seorang rakan cyber ( Pn. Maszlavista ) telah mengingatkan aku tentang novel ini yang bakal difilemkan tidak lama lagi.Eh sebenarnya dah siappun filemnya...tunggu release je pada 3 Jun 2010 nanti.

Selepas 11 tahun, Malaysia bakal dihidangkan dengan karya yang diangkat daripada sebuah novel pop paling laris pada tahun 1980-an. Dihasilkan oleh Ahadiat Akasyah, novel Lagenda Budak Setan (LBS) kini bakal divisualkan di layar lebar oleh pengarah dari India, Sharat Sharan.

LBS yang novel perdananya menggunakan judul Budak Setan mendapat sambutan luar biasa di kalangan pengikut novel.

Ia berkisar tentang kenakalan seorang pelajar sekolah bernama Kasyah hinggakan dia digelar ‘Budak Setan’.

Novel ini berkembang dengan pelbagai plot - lucu, nakal, sedih dan cinta yang membawa tumbuhnya karakter Ayu dan lain-lain. Novel itu itu kemudian disambung kepada Budak Setan II, Budak Setan III dan dikompilasikan dalam karya Lagenda Budak Setan.

Namun, satu fenomena yang bakal dilalui produksi adalah adakah filem ini akan laris sama seperti novelnya?

Monday, April 5, 2010

Samarinda - Asmaradana


Pelakon Utama, Tiz Zaqyah

Sekarang ni aku suka layan citer slot samarinda, bertajuk asmaradana. Cerita biasa je, tetapi mungkin sebab pelakon-pelakonnya yang aku suker. Tak lain tak bukan Tiz Zaqyah. Sejak beliau berlakon dalam drama bersiri Nur Kasih, aku semakin menggemari lakonannya. Berbakat besar dan boleh pergi jauh pada aku la.

Walaupun ada cerita kurang enak didengar, namun itu bukan penghalang untuk dia berlakon dengan lebih baik. Aku harap dia berjaya dan berhati-hati dalam bidang seni ini.

Friday, April 2, 2010

Hujan

Alahamdulillah hari ini hujan lagi. Hujan diwaktu petang je sekarang. Jalanpun jam, sampai umah lewat.Walau KL banjir sekalipun namun hujan adalah rahmat Allah yang best. So jom kita layan lagu hujan by sudirman.......

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...