Tuesday, May 5, 2009

my little princess

 
Nur Arina adalah anak sulung aku.Beliau dilahirkan di Hospital Ipoh, Perak pada 31 Disember 2006 bersamaan 10 Zulhijjah. Masa aku peknenkan Arina, beliau tak keluar-keluar dari perut walaupun dah cukup 9 bulan. Doktor cakap kena gi hospital serah diri jika tidak bersalin dalam tempoh 9 hari. Maka akupun pergila ke hospital pada hari ke-9 ditemani oleh suami n kedua ibubapaku..

Almaklumla..anak sulung, tambah suspen lagi aku g hospital memang takde rasa sakit langsung. Sampai sana cek bukaan rupanya dah 3cm, misi tu kutuk aku; apala..dh sakitpun tak tau katanya. Padahal memang aku tak rasa pape je..melainkan rasa makan lemang ngan rendang (raya haji) time tu. Houseman  cucuk air ketuban, aku jmpa semua kat luar. Diorg balik dulu sebabnya misi tu kata lambat lagi.

Maka akupun ditolak kedalam bilik OT, dalam kul 3.30 barula aku rasa sakit, misi datang dalam kul 4.30 tu katanya dah nampak kepala baby! Akupun apalagi terkejut tenukla kejap sebab misi suh push. Mujur misi tu paham, katanya push bila rasa macam nak yeyak ye! Ekekeke..

Lahirlah seorang puteri..yang diberi nama Nur Arina yang bermaksud cahaya, cerdas dan cerdik. Kat atas tu semasa beliau berumur 21 hari..gamba newborn tak de sebab aku belom beli kemera..ekekeke




Nur Arisha adalah puteri kedua kami. Beliau dilahirkan di Hospital Serdang, Selangor pada 7 Oktober 2008 bersamaan 7 Syawal. Masa nak bersalinkan arisha aku pikir-pikir nak bersalin di kampung je, balik raya teruskan cuti hingga bersalin sebab due 9 Oktober.

Tapi memikirkan sayang cuti n takut delay lagi macam kakaknya Arina akupun mengikut cik abang balik ke umah n bekerja pada hari isnin tu. Balik keje g makan char kuew teow, sampai umah kul 7 tengok-tengok dah ada spot merah. Terus aku call K.Pah (Sister kt opis) tanya nak gi hospital terus ke..dia kata tunggu sehingga ada rasa sakit baru gi. Dalam ati punyela suspen giler ni, sempat call mak ngan Arina kt kampung.

Malam tu dah terasa sakit sikit-sikit tapi aku boleh tido lagila. Kul 6.30 pagi aku bangun tengok memang dah keluar darah. Dan semakin sakit jugakla. Dah siap cik abang tanya nak gi hospital terus ke tak. Aku macam nak gi opis dulu, turun tangga pun mcam dah terkepit-kepit..huhu..otw tu cakap nak gi hospital teruslah. Macam rasa nak bersalin je..Aku n cik abang siap diskas lagi nak bekpes kat mana sebab aku memang lapar giler.

Sekali lagi hajat tak kesampaian sebab aku terasa teramat sakit. Terus register nak bersalin, tunggu misi yang sikit punye lembab, tapi memang banyak patientpun! dari pukul 8 pagi hingga pukul 9.30 aku tak diperiksa oleh misi, terus aku jerit panggil dorang kata macam nak kuar dah!

Maka terus diseluknya aku dan bukaan memang dah 10cm! kelam kabut sorong aku masuk bilik OT yang masa tu masih berbau klorox (baru dibersihkan). Doktor suh aku bawak bertenang lagi padahal aku dah tak tahan nak push. MAsa tu juga mereka baru tau air ketuban belum pecah lagi! Terus pecahkan dan bila aku mengadu rasa nak push, misi tu suh aku push je. Pukul 10.03 pagi lahirlah arisha yang comel, kemerah-merahan..

Nama plak my cik abang yang kasi bermaksud cahaya, yang kaya. Moga akhlak dan peribadi beliau kaya dengan keimanan. Amin.


Catatan ringkas kelahiran puteri pertama dan kedua kami. :-)

yo..it's me!



Akhirnya..dapat juga aku membuat satu blog.selama ni jeles je tengok blog orang lain yang cantek-cantek.aku ni bukanla pandai sangat buat blog,so ni yang saje cuba try test buat.

Tercapai juga hajat buat blog.takdela cantek sangat tapi bolela..baru belajarla katakan..huhu..

Blog ini adalah tentang aku, kerja n family yang tercinta; kedua ibu bapaku yang amat kusayangi, suamiku yang aku cintai sepenuh hati dan kedua anakku yang kusayangi hingga ke akhir hayat..so mari kita enjoy!