Sempena Hari Guru, Arina cakap nak beri cikgu dia hadiah.
Dia cakap nak beri cincin dengan bunga ros.
wahhhhhh..
macam mak dia diplomat kan!!
so aku gantikan je dengan tudung
dan suruh dia tulis sendiri kat kertas seperti di atas.
Ekceli, aku sebenarnya nak suruh dia eja sendiri
tapi pagi tu terlewat, jadi aku suruh dia tulis apa huruf yang aku cakap je
takpe la...nak tunggu dia eja tertinggal kete la jawabnya. hihi..


Kali ni pertandingan mewarna untuk Daerah Hulu Langat B pula, bertempat di Dewan Orang Ramai Sg Chua, Kajang. Arina menyertai juga. Dah katanya wajib..hihi.. 


Okla..betul kaler 1 Malaysia tu..

diapun sibuk main ..
BFF


Sempena Hari Ibu, Arina ada aktiviti mewarna di sekolah selama 2 hari. Hari pertama di sekolah je. Walau pun tak menang yang penting Arina semangat mengaler lukisan itu.



Cuti hari pekerja aka buruh sempat berjalan ke Melaka
Sampai lebih kurang pukul 2 petang
Sempat makan asam pedas tenggiri melaka
Sempat naik Menara Taming Sari
Sempat naik St. Paul's Hill A' Famosa
Sempat beli jajan...
Itu aje..
Pastu balik sebab baby pn dah letih nak tido
Kakak-kakak pun sama..













Alhamdulillah Arina minat sangat membaca. Apa saja dibacanya. Walaupun kekadang dia macam pening-pening lalat nak faham apa sebenarnya sesuatu perkataan itu, tapi aku sangat mengagumi semangat dia yang tak pernah putus asa cuba membaca. Malam tadi berpeluh-peluh dia membaca. Kalau ikutkan hati nak aje ku pasangkan aircond. Ekekek...Tak pe kakak, usaha tangga kejayaan.


Sinopsis Megamind:
Megamind ( Will Farrell) seorang penjahat yang bijak pernah wujud dalam dunia ini. Selama bertahun-tahun dia cuba menakluk bandar Metro dalam pelbagai cara. Setiap percubaan dipatahkan oleh kuasa Superhero halimunan yang terkenal dengan gelaran Metro Man (Brad Pitt). Hinggalah satu hari Megamind berjaya membunuhnya. Maka bermulalah kehidupan Megamind yang kosong. Tanpa super hero menyelamatkan dunia. Dia baru sedar yang impian hidupnya adalah menghadapi perkara paling teruk dalam hidup.
Satu cara untuk mengisi kekosongan jiwanya adalah mencipta satu lagi Superhero yang di beri nama Titan yang jauh lagi kuat daripada Metro Man. Namun Titan berasa lebih gembira jadi jahat daripada baik. Titan bukan sahaja mahu menakluk dunia. Malah mahu memusnahkannnya!
___________________________________________________________________________________

Arisha yang sememangnya tak pernah melukis atau menulis tetiba melukis.
Mengejutkan dia melukis gambar Megamind! *Mama gelak*
Tapi dia kata bukan Megamind, Megamind yang menyamar jadi manusi tu kot. hahaha..




Alamak... blog berubah rupa lagikkkk.. Mana dashboard aku?? fening..fening.. dengan setting baru blogger neh..